Close

Kenderaan EV diharamkan masuk parkir kereta bawah tanah di Bandar Seoul, Korea

Kerajaan Metropolitan Seoul mengumumkan langkah atau garis panduan baru dalam mencegah kebakaran yang disebabkan oleh kenderaan elektrik (EV).

Langkah baru yang diumumkan adalah melarang kenderaan elektrik (EV) dengan bateri lebih dari 90% memasuki tempat letak kereta bawah tanah. Selain itu, kenderaan elektrik (EV) hanya dibenarkan untuk mengecas bateri pada kadar 90% dan ke bawah apabila di tempat letak kereta bawah tanah.

Perlaksanaan ini dijangka akan berkuat kuasa penghujung September ini. Selain itu, garis panduan ini akan dijadikan sebagai standard baru untuk semua kompleks kediaman.

Sebelum ini,  sebuah kereta elektrik (EV) Mercedes-Benz EQE dilaporkan terbakar secara tiba-tiba di sebuah apartment di Korea Selatan yang menyebabkan 40 kenderaan lain musnah dan 100 lagi mengalami kerosakan kurang serius.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN