Close

Platform media sosial perlu letak label untuk kandungan ‘AI’ yang dimuat naik

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan platform media sosial perlu meletakkan label ‘AI’ untuk semua kandungan yang dijana oleh AI yang dimuat naik ke platform mereka.

Langkah ini diambil untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan juga kekeliruan. Berikutan dari itu, perlunya label atau notis diletakkan pada kandungan yang menyatakan ia adalah ‘Generated by Artificial Intelligence’.

Selain itu, semua penyedia platform media sosial perlu bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang berlaku di platform mereka. Seperti yang kita tahu, pada ketika ramai pengguna memuat naik dan berkongsi kandungan yang dijana oleh AI.

Dengan adanya label atau notis AI, ia memudahkan pengguna untuk mengetahui kandungan yang dijana oleh AI. Beliau turut menyatakan, masalah seperti ini menjadi sebab mengapa kerajaan melaksanakan perlesenan untuk platform media sosial.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN