Close

Semua iPhone 16 hadir dengan 8GB RAM

Umum mengetahui yang Apple telahpun melancarkan siri iPhone 16. Namun begitu, terdapat beberapa maklumat yang masih menjadi rahsia antaranya seperti jumlah RAM dan kapasiti bateri.

Terbaru, melalui perisian pembangun Apple Xcode 16 berjaya mendedahkan jumlah RAM yang digunakan pada semua iPhone 16 adalah 8GB RAM. Sebagai perbandingan, siri iPhone 15 sebelum ini tampil dengan dua konfigurasi RAM iaitu 6GB RAM untuk model standard dan 8GB RAM untuk model Pro.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan teknologi RAM yang digunakan oleh Apple pada siri iPhone 16. Mungkin terdapat perbezaan antara model standard dan model Pro. Konfigurasi RAM yang lebih besar membolehkan peranti ini menjalankan Apple Intelligence dengan lebih lancar sekaligus dapat menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Untuk generasi iPhone yang akan datang iaitu siri iPhone 17, Apple mungkin akan menggunakan konfigurasi RAM yang lebih besar iaitu 12GB RAM.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN