Tesla Malaysia secara rasmi mengumumkan pembukaan pusat servis baru mereka di Pulau Pinang. Ia juga merupakan pusat servis kedua Tesla yang dibuka di Malaysia selepas di Cyberjaya.
Today marks 2 significant milestone for Tesla Malaysia in Penang.
— Tesla Malaysia (@Tesla_Malaysia) September 10, 2024
📌First Service Location in Mainland, Penang.
📌First V4 Supercharger in Penang Island at Gurney Plaza.
The new facility provides enhanced service facilities for Tesla owners in Penang and the Northern region. pic.twitter.com/qlo7uYgc4s
Pembukaan pusat servis di Pulau Pinang adalah untuk menampung jumlah pengguna atau pelanggan yang semakin meningkat di wilayah tersebut. Sekaligus, dapat memudahkan pelanggan sekiranya memerlukan pemeriksaan atau baik-pulih kenderaan. Namun begitu, EV dari Tesla jarang memerlukan pemeriksaan di pusat servis berikutan kebanyakkan penyelesaian disampaikan kepada pelanggan secara dalam talian.
Pusat servis kedua Tesla ini berada di Taman Perindustrian Seberang Jaya di Perai. Menawarkan sokongan perkhidmatan 24 jam dan dilengkapi dengan bengkel badan kereta serta cat yang canggih.

Dengan pembukaan pusat servis ini, pemilik baru Tesla di wilayah Utara boleh menerima penyerahan kereta di Pulau Pinang, tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur untuk urusan tersebut. Selain itu, Tesla turut melancarkan stesen pengecas V4 yang terletak di aras letak kereta bawah tanah pusat beli-belah Gurney Plaza. Sekaligus, menjadikan ia sebagai pengecasan supercharge V4 pertama yang ada di Pulau Pinang.