Close

iOS 18 bakal ada fungsi baru – Boleh ‘pause’ video ketika rakam

Berita gembira untuk pengguna iPhone, Apple bakal memperkenalkan fungsi baru yang membolehkan rakaman video dihentikan seketika atau pause ketika merakam melalui aplikasi kamera.

Butang pause tersebut akan diletakkan di sebelah kiri dalam aplikasi kamera. Apabila butang tersebut ditekan ia akan menghentikan rakaman seketika dan tekan sekali lagi ia akan menyambung rakaman semula.

Sebelum ini, iPhone tidak mempunyai fungsi tersebut menyebabkan pengguna tidak mempunyai pilihan selain menghentikan rakaman sahaja. Ketibaan fungsi ini dijangka akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik untuk pengguna dan juga pencipta kandungan dalam menghasilkan video yang lebih menarik.

Fungsi ini dijangka akan tiba bersama dengan kemas kini iOS 18 yang akan tiba tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN