Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Facebook rasmi mereka mengeluarkan notis penyelenggaraan berjadual untuk perkhidmatan perbankannya.
Melalui perkongsian tersebut, beberapa perkhidmatan perbankan seperti perbankan internet myBSN, aplikasi myBSN Mobile, transaksi kad debit dan sebagainya tidak boleh diakses buat sementara waktu.
Berikutan itu, BSN telahpun menyenaraikan perkhidmatan yang akan terjejas bersama dengan maklumat yang lebih terperinci seperti tarikh dan masa.
Menurut BSN, penyelenggaran berjadual tersebut dibuat bagi memastikan pengalaman perkhidmatan menjadi lebih baik dalam masa yang sama dapat meningkatkan keselesaan pelanggan.