iPhone SE generasi keempat dijangka akan diperkenalkan pada suku pertama 2025. iPhone SE 4 dikatakan hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi spesifikasi dan rekaan.
Terbaru, terdapat laporan mendedahkan iPhone SE 4 mungkin tiba tanpa home button seperti mana siri iPhone semasa. Berikutan itu, Apple mungkin akan menggunakan fungsi Face ID pada iPhone SE 4.
Laporan ini dilihat selari dengan beberapa maklumat yang menyatakan iPhone SE 4 akan menggunakan rekaan dari iPhone 14. Selain itu, iPhone SE 4 dijangka akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Apple sekaligus akan menyokong kecerdasan buatan Apple Intelligence.
iPhone SE merupakan model mampu milik yang ditawarkan oleh Apple dan model terakhir yang diperkenalkan adalah iPhone SE 3 yang tiba pada 2022.