Close

DJI Air 3S kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM4599

DJI Malaysia secara rasmi memperkenalkan dron baru mereka iaitu DJI Air 3S. Tampil dengan sensor kamera yang lebih baik bersama fungsi yang dipertingkat.

DJI Air 3S dilengkapi dengan sistem dwi-kamera dengan sensor 50MP CMOS 1-inci + 48MP Medium Tele CMOS 1/1.3-inci. Kedua-dua kamera ini menyokong dynamic range pada 14 stops dan boleh merakam video pada resolusi 4K HDR 60fps atau 4K 120fps. Kemampuan sistem kamera ini turut dipertingkat dengan Non-GPS RTH + sensor Nighttime RTH yang mampu mengelak halangan dalam persekitaran gelap.

Terdapat pelbagai fungsi rakaman seperti MasterShots, QuickShots, Hyperlapse, 2.7K vertical shooting dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga mod rakaman ActiveTrack 360° yang menawarkan rakaman video bergerak lebih baik dan mod Free Panorama pula menawarkan hasil imej panorama dengan lebih mudah.

DJI menyatakan, saiz fail untuk video kini 30% lebih kecil berbanding generasi sebelumnya. Untuk ketahanan bateri, ia mampu bertahan selama 45 minit dengan 20 km penerbangan. Storan dalaman yang ditawarkan adalah 42GB dan menyokong kad memori MikroSD.

Di Malaysia, DJI Air 3S dijual pada harga bermula RM4599 untuk pakej standard, RM5789 untuk pakej Fly More Combo (RC-N3) dan RM6579 untuk Fly More Combo (RC2).

ARTIKEL BERKAITAN