Close

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan diberikan bermula 7 November ini

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mula diberikan kepada penerima yang layak bermula 7 November ini. Pembayaran STR ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion dengan kadar bayaran bermula RM100 hingga RM700.

Sama seperti sebelum ini, pembayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sedia ada dan penerima baru yang berdaftar di dalam pangkalan data STR, mengikut kepada kategori kelayakan masing-masing.

Senarai kategori dan jumlah bayaran untuk STR Fasa 4 :

Untuk semakan status kelayakan atau maklumat lanjut mengenai STR boleh layari laman rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau manfaat.mof.gov.my.

ARTIKEL BERKAITAN