Close

Apple mungkin menghentikan pengeluaran Vision Pro

Apple dilapor akan menghentikan pengeluaran untuk set kepala realiti pertama mereka iaitu Vision Pro.

Menurut laporan, Apple telahpun mengurangkan pengeluaran Vision Pro pada ketika ini. Seterusnya, Apple dijangka akan menghentikan pengeluaran peranti tersebut secara sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Permintaan yang rendah dan juga ketersediaan stok yang banyak mungkin menjadi salah satu sebab Apple mengambil pendekatan tersebut. Harga jualan yang terlalu mahal dan penawarannya yang terhad menjadi penyumbang kepada kurangnya permintaan untuk peranti tersebut.

Selain itu, Apple juga dilaporkan telah menghentikan pembangunan untuk Vision Pro 2 kerana memfokuskan kepada pembangunan set kepala realiti yang lebih mampu milik. Set kepala realiti mampu milik ini dijangka akan diperkenalkan sekitar tahun 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN