Selepas kurang dari 24 jam TikTok diharamkan di Amerika Syarikat (AS), aplikasi tersebut kini boleh diakses semula oleh pengguna.
STATEMENT FROM TIKTOK:
— TikTok Policy (@TikTokPolicy) January 19, 2025
In agreement with our service providers, TikTok is in the process of restoring service. We thank President Trump for providing the necessary clarity and assurance to our service providers that they will face no penalties providing TikTok to over 170…
TikTok melalui platform X menyatakan perkhidmatan mereka kini boleh diakses semula oleh pengguna secara berperingkat. TikTok turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Donald Trump kerana membenarkan perkhidmatan mereka terus beroperasi di AS.

Donald Trump dijangka akan mengeluarkan perintah untuk menggantung perlaksanaan penutupan TikTok sehingga 90 hari selepas dilantik menjadi Presiden. Selain itu, TikTok turut menyatakan yang mereka bersedia untuk bekerjasama bagi mencari penyelesaian jangka panjang.

Pengharaman TikTok di Amerika Syarikat di sebabkan oleh Akta yang ditandatangi oleh Presiden Joe Biden pada April lepas. Akta tersebut adalah ‘Protecting Americans from Foreign Adversary Controlled Applications Act’.
Berikutan dari itu, Mahkamah Agung AS memberikan dua pilihan kepada ByteDance iaitu menjual TikTok kepada syarikat lain atau berhenti beroperasi di Amerika Syarikat.