Close

WhatsApp perkenal fungsi baru – Tambah muzik pada kemas kini status

WhatsApp sedia untuk membawakan satu fungsi baru untuk pengguna mereka. Fungsi ini membolehkan pengguna menambah muzik pada kemas kini status.

WhatsApp telahpun menguji fungsi ini pada Oktober tahun lalu dan kini telahpun tersedia kepada semua pengguna secara berperingkat.

Sekiranya fungsi ini telah tersedia pada peranti ini. Butang muzik akan diperlihatkan selepas pengguna memilih foto atau video. Butang tersebut membolehkan pengguna membuat carian lagu atau artis untuk dimasukkan ke dalam kemas kini status.

Ketibaan fungsi menjadikan perkongsian status lebih menarik dan lebih dinamik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh menetapkan mood atau konteks mengenai kandungan yang dikongsi dengan menggunakan muzik.

ARTIKEL BERKAITAN