Close

MacBook Air M4 kini rasmi dengan harga bermula RM4499 – Lebih murah berbanding MacBook Air M3

Apple secara rasmi memperkenalkan generasi baru MacBook Air yang dikuasakan dengan cip pemprosesan yang lebih berkuasa iaitu Apple M4. Seperti sebelumnya, MacBook Air M4 tampil dengan dua pilihan saiz iaitu 13-inci dan 15-inci.

MacBook Air M4 hadir dengan skrin Liquid Retina dengan sokongan True Tone. Turut menyokong dua paparan tambahan (external display) dengan resolusi sehingga 6K dengan paparan 60Hz. Macbook Air M4 ini turut dilengkapi dengan kamera 12MP Center Stage dan hadir dengan pilihan warna baru Sky Blue.

Untuk prestasi, cip Apple M4 dilengkapi dengan 10 teras CPU, 10 teras GPU dan 16 teras Neural Engine. Apple mendakwa, MacBook Air M4 ini mampu menawarkan prestasi 2 kali lebih pantas berbanding cip Apple M1. Selain itu, ia menyokong konfigurasi memori sehingga 32GB dan storan dalaman sehingga 2TB.

MacBook Air M4 menawarkan ketahanan bateri yang lebih baik iaitu sehingga 18 Jam. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti sokongan Apple Intelligence, WiFi 6E, pengecasan MagSafe 3, bicu audio 3.5mm, 2x sambungan Thunderbolt 4 dan Touch ID.

Di Malaysia, MacBook Air M4 13-inci dijual pada harga bermula RM4499 manakala untuk MacBook Air M4 15-inci ia dijual pada harga RM5499. Namun begitu, tarikh penjualan untuk pasaran tempatan belum lagi diumumkan, dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN