MediaTek telahpun menjadualkan acara Dimensity Developer Conference yang akan diadakan pada 11 April ini. Pada acara ini, pembangun akan berkongsi inovasi dan juga idea untuk teknologi kecerdasan buatan (AI).

Walaupun tidak mendedahkan maklumat mengenai cip Dimensity 9400+ namun MediaTek dijangka akan memperkenalkan cip tersebut pada acara tersebut. Cip ini dijangka hadir dengan kemampuan yang sama seperti Dimensity 9400 namun dengan CPU yang lebih pantas 3.7GHz berbanding 3.6GHz.
Selain itu, Cip Dimensity 9400+ akan dilengkapi dengan teras utama Super Cortex-X925. Peranti terawal yang dijangka akan menggunakan cip ini adalah OPPO Find X8S, vivo X200S dan juga OnePlus Ace 5S atau Ace 5V.