Google Pixel 9a secara rasmi tiba ke pasaran tempatan, pengganti kepada model sebelumnya iaitu Pixel 8a. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan rekaan yang berbeza dari siri Pixel 9.

Pixel 9a hadir dengan skrin pOLED bersaiz 6.3-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 2700 nits. Dijana dengan cip Google Tensor G4 yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 13MP Ultra Lebar dan swafoto 13MP. Kamera peranti ini menyokong rakaman sehingga 4K 30fps untuk swafoto dan 4K 60fps untuk kamera belakang. Turut menyokong pelbagai fungsi menarik seperti Magic Editor, Best Take, Magic Eraser, Macro Focus dan banyak lagi. Peranti ini turut diintergrasikan dengan kecerdasan buatan Gemini.

Dimuatkan dengan bateri 5100mAh yang menyokong pengecasan berwayar 23W dan tanpa wayar 7.5W. Spesifikasi lain yang turut dibawa adalah seperti WiFi 6E, Bluetooth 5.3, NFC dan pengimbas cap jari bawah skrin. Seperti siri Pixel 9, peranti ini turut menyokong kemas kini sehingga 7 tahun.

Google Pixel 9a akan tiba ke pasaran tempatan sekitar April ini dengan harga jualan bermula RM2699. Ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Iris, Peony, Obsidian dan juga Porcelain.