Close

WhatsApp Web bakal menyokong panggilan suara dan video tak lama lagi

WhatsApp bakal menyokong fungsi baru untuk pengguna web tidak lama lagi. Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna melakukan panggilan suara dan juga video melalui pelayar.

Menariknya, fungsi ini membolehkan pengguna membuat panggilan suara dan video secara terus melalui web tanpa perlu memasang aplikasi WhatsApp versi Desktop. Ketika ini, WhatsApp Web hanya menawarkan fungsi asas sahaja seperti mesej dan perkongsian media.

Dengan fungsi ini, pengguna boleh menerima atau membuat panggilan secara terus melalui pelayar seperti Edge, Safari, Chrome dan pelayar yang serasi. Fungsi ini dijangka akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Ketika ini, fungsi tersebut masih lagi dalam fasa pembangunan dan tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tersedia untuk semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN