Close

WhatsApp uji fungsi baru – Muat naik video 90 saat dalam status

WhatsApp dilaporkan sedang menguji fungsi baru yang membolehkan pengguna memuat naik video 90 saat dalam status.

Sebelum ini, WhatsApp menyokong muat naik video status 30 saat kemudian dinaikkan kepada 60 saat. Terkini, ia menyokong sokongan yang lebih panjang iaitu sehingga 90 saat. Dengan sokongan klip lebih panjang, pengguna tidak perlu memotong video kepada beberapa bahagian sebelum dimuat naik.

Selain itu, fungsi ini dilihat lebih memudahkan pengguna untuk berkongsi status dalam bentuk video dalam masa yang sama dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Fungsi ini telahpun tersedia kepada beberapa pengguna beta terpilih pada iOS. Tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersedia untuk semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN