Close

Samsung Galaxy S25 Edge diumumkan – Guna cip Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP dan berat 163 gram

Samsung secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Galaxy S25 Edge. Berbeza dengan siri Galaxy S25 yang lain, model ini memfokuskan kepada rekaan yang lebih nipis dan ringan.

Galaxy S25 Edge hadir dengan rekaan yang nipis iaitu 5.8mm dan ringan 163gram sahaja. Menggunakan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7-inci dengan resolusi QHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dari segi fotografi, Galaxy S25 Edge hanya dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 12MP. Dimuatkan dengan bateri 3900mAh yang menyokong pengecasan 25W, mampu mengecas 55% hanya dalam masa 30 minit sahaja.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti penarafan IP68, pengimbas cap jari ultrasonik, rangka titanium dan menjalankan One UI 7 yang berasaskan Android 15. Seperti peranti Samsung yang lain, Galaxy S25 Edge ini turut hadir dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh Galaxy AI.

Di Amerika Syarikat, Samsung Galaxy S25 Edge dijual pada harga bermula sekitar $1099 (RM4765) untuk 12GB + 256GB dan $1219 (RM5290) untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Titanium Jetblack, Titanium Icyblue and Titanium Silver. Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN