Close

Cara beli internet ‘Travel eSIM’ guna TNG eWallet

Travel e-SIM boleh dikatakan pilihan yang semakin popular dalam kalangan pelancong, tidak lagi perlu untuk menukar SIM fizikal bukan itu sahaja ia juga adalah lebih mudah dan berbaloi. Travel eSIM juga adalah lebih pratikal untuk digunakan ketika melancong.

‘eSIM’ adalah singkatan kepada ’embedded SIM’. Melaluinya, pengguna tidak lagi perlu menggunakan SIM Fizikal untuk mengakses rangkaian, menerima atau membuat panggilan dan juga SMS.

Tahukah anda, Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) kini menawarkan perkhdimatan Travel eSIM yang boleh dibeli secara terus melalui aplikasi. Berikut dari itu, kami ingin berkongsi cara atau langkah untuk membeli Travel eSIM melalui aplikasi TNG.

Cara beli Travel eSIM di TNG eWallet :

Namun begitu, sebelum anda membeli Travel e-SIM pastikan peranti anda menyokong eSIM. Untuk senarai peranti yang menyokong e-SIM boleh lihat di sini.

  • 1- Buka aplikasi TNG eWallet, klik ‘More’ pada bahagian ‘My Favorites’.
  • 2- Pergi ke bahagian ‘Featured’ atau ‘Go Travel’, kemudian pilih ‘Travel e-SIM’.
  • 3- Seterusnya, pilih negara yang ingin dilewati dan pilih pelan.
  • 4- Buat semakan, kemudian lakukan pembayaran.

Selepas selesai, pengguna akan menerima QR eSIM dan juga kod pengaktifan. Untuk cara pengaktifan, ikut langkah yang disedian oleh TNG eWallet dengan klik pada pautan ‘How to install & activate eSIM‘. Jika proses pengaktifan telah selesai, anda boleh mengakses eSIM melalui tab ‘My eSIM’.

ARTIKEL BERKAITAN