Seiring dengan pelancaran GT 30 Pro, Infinix turut memperkenalkan tablet pertama mereka untuk pasaran tempatan iaitu XPAD GT.

Infinix XPAD GT dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 13-inci dengan resolusi 2.8K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 700 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 888 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan kamera tunggal belakang dengan sensor 13MP dan swafoto 9MP. Dimuatkan dengan bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti Bluetooth 5.3, 8 pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 14.

Untuk pasaran tempatan, Infinix XPAD GT ini dijual pada harga RM1699 untuk 8GB + 256GB dan ditawarkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Stellar Grey. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM599.