Close

realme umum kerjasama dengan pasukan Formula 1 Aston Martin – Perkenal realme GT 7 Dream Edition

realme secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik dengan pasukan Aston Martin Formula 1. Melalui kerjasama ini, realme bakal memperkenalkan model edisi khas yang dipanggil sebagai GT 7 Dream Edition.

Seperti namanya, realme GT 7 Dream Edition hadir dengan rekaan yang premium dan menggunakan warna ikonik Aston Martin iaitu hijau. Selain itu, terdapat juga rekaan sayap ikonik Aston Martin yang diletakkan pada bahagian panel belakang dan mempunyai logo rasmi pasukan Formula 1.

Selain tampil dengan rekaan yang premium, realme GT 7 Dream Edition hadir dengan spesifikasi yang berkuasa dengan cip Dimensity 9400e, bateri 7000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Peranti edisi khas ini akan diperkenalkan secara global pada 27 Mei ini bersama dengan siri realme GT 7.

Kerjasama strategik antara realme dan Aston Martin akan berlangsung selama 3 tahun. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak kolabrasi akan dihasilkan pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN