Qualcomm secara rasmi mengesahkan cip andalan mereka iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 2 akan diperkenalkan lebih awal dari kebiasaan.
Pada acara COMPUTEX 2025, Qualcomm mengumumkan acara Snapdragon Summit 2025 akan diadakan pada 23 hingga 25 September ini. Sebelum ini, Qualcomm cenderung untuk memperkenal cip andalan mereka pada penghujung tahun.

Pada acara ini, kebiasaannya Qualcomm akan memperkenalkan cip andalan mereka yang seterusnya dan untuk tahun ini adalah cip Snapdragon 8 Elite Gen 2. Ketibaan cip ini dijangka akan memberikan kesan kepada pelancaran peranti andalan dari pelbagai pengeluar, lebih awal berbanding sebelumnya.
Selain itu, kita mungkin boleh menjangkakan peranti andalan dengan cip ini akan tiba dalam beberapa minggu atau bulan akan datang.