Close

Infinix GT 30 Pro tiba di Malaysia dengan harga RM1299

Infinix Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru iaitu GT 30 Pro bagi menggantikan model semasa iaitu GT 20 Pro. Tampil dengan spesifikasi yang lebih berkuasa bersama dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Infinix GT 30 Pro hadir dengan skrin AMOLED LTPS bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan menyokong kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8350 Ultimate yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 8MP Ultra Lebar dan 13MP swafoto. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan berwayar 45W dan 30W tanpa wayar.

Perubaha ketara pada peranti ini adalah rekaan belakang, tampil berbeza dari generasi sebelumnya namun masih menyokong lampu LED RGB. Seperti model sebelumnya, lampu LED RGB yang dipanggil sebagai Mechnical Light Waves menyokong 14 kesan pencahayaan. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai lampu notifikasi untuk panggilan masuk, pengecasan dan sebagainya.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti sistem penyejukkan, NFC, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP64 dan menjalankan sistem operasi XOS 15.

Di Malaysia, Infinix GT 30 Pro dijual pada harga RM1299 (12GB + 256GB) dan RM1499 (12GB + 512GB). Tersedia dalam 3 pilihan warna iaitu Dark Flash, Shadow Ash dan Blade White. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula hari ini dengan setiap pembelian akan menerima GT 30 Pro Gaming Kit yang bernilai RM139.

ARTIKEL BERKAITAN