Close

iQOO Z10 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1399

iQOO secara rasmi memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan melalui model Z10 5G. Merupakan sebuah peranti kelas pertengahan hadir dengan pakej yang lengkap dan juga menarik

iQOO Z10 5G tampil dengan rekaan yang nipis iaitu 7.89mm dan ringan sekitar 199gram. Hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 + 2MP kedalaman dan 32MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 7300mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Peranti ini menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15 dan menyokong penarafan IP65.

Untuk pasaran tempatan, iQOO Z10 5G dijual pada harga bermula RM1399 untuk 12GB + 256GB dan RM1599 untuk 12GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah yang ditawarkan bersama hadiah percuma bernilai RM488.

ARTIKEL BERKAITAN