Close

Samsung Galaxy S26 Ultra dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite 2 dan One UI 8.5

Melalui data yang tertiris mendedahkan Samsung Galaxy S26 Ultra akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite 2 dan sistem operasi One UI 8.5.

Data fimrware yang diperolehi dari pelayan rasmi Samsung memperlihatkan beberapa maklumat mengenai Galaxy S26 Ultra. Melalui firmware tersebut, terdapat nombor siri PMK8850 yang dipercayai merujuk kepada cip andalan terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite 2. Cip sebelum ini Snapdragon 8 Elite menggunakan nombor siri 8750.

Selain itu, peranti ini akan menggunakan sistem operasi One UI 8.5 yang berasaskan kepada Android 16. Sistem operasi ini dikatakan sedang diuji sepenuhnya dan akan ditawarkan bersama dengan siri Galaxy S26.

Walau bagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan. Namun begitu, ia menguatkan lagi andaian Galaxy S26 Ultra akan terus menggunakan cip dari Qualcomm.

ARTIKEL BERKAITAN