HONOR secara rasmi memperlihatkan rekaan fon lipat jenis clamshell baru mereka iaitu Magic V Flip2. Merupakan kesinambungan kepada model sebelumnya iaitu Magic V Flip, namun hadir dengan beberapa penambahbaikan.

Dari segi rekaan, Magic V Flip2 kekal dengan rekaan sisi jenis rata untuk memberikan pengalaman penggunaan yang baik. Selain itu, HONOR kekal menggunakan tetapan dwi-kamera belakang namun modul kamera menggunakan saiz yang sama berbeza dengan model sebelumnya.

Magic V Flip2 akan ditawarkan dalam empat pilihan warna, termasuk edisi khas dari pereka kasut terkenal Jimmy Choo. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh HONOR.

Namun begitu, HONOR dijangka akan berkongsi maklumat lanjut mengenai Magic V Flip2 dalam masa terdekat sebelum pelancarannya. HONOR Magic V Flip2 akan diperkenalkan secara rasmi pada 21 Ogos di China.