Tablet terbaru dari HUAWEI iaitu MatePad 11.5″ PaperMatte Edition 2025 telahpun tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Hadir dengan spesifikasi yang lebih baik dengan pelbagai peningkatan yang lebih menarik untuk produktiviti.

HUAWEI MatePad 11.5″ PaperMatte Edition 2025 hadir dengan rekaan yang kompak dengan berat 515 gram dan tebal 6.1mm. Menggunakan skrin bersaiz 11.5-inci dengan resolusi 2.5K yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits . Skrin tablet ini menggunakan teknologi PaperMatte baru yang mengurangkan pantulan cahaya dengan lebih baik dalam masa yang sama masih menawarkan perincian kandungan dengan lebih baik.

Untuk konfigurasi memori, ia hadir dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman. HUAWEI menyatakan, prestasi tablet ini adalah 20% lebih berkuasa berbanding model sebelumnya. Menggunakan kamera tunggal depan dan belakang dengan sensor 8MP untuk swafoto dan 13MP untuk belakang. Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan 40W.

Tablet ini turut hadir dengan beberapa ciri baru seperti AI Handwriting, Magic Memos, Free Multi-Window dan Resource Center. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti 4 pembesar suara, Bluetooth 5.2, menyokong HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, HUAWEI Smart Keyboard dan menjalankan HarmonyOS 4.3.

Di Malaysia, MatePad 11.5″ PaperMatte Edition 2025 dijual pada harga RM1599. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 19 sehingga 26 Ogos 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM698.