Close

Infinix GT 30 akan tiba di Malaysia pada 11 September ini

Infinix Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka pada 11 September ini. Melalui acara ini, Infinix bakal memperkenalkan satu lagi peranti di bawah siri GT iaitu Infinix GT 30.

Seperti mana Infinix GT 30 Pro, model ini turut memfokuskan kepada permainan dengan pelbagai ciri menarik seperti butang GT Trigger dan panel belakang dengan lampu RGB. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan skrin AMOLED 144Hz dan dikuasakan dengan cip Dimensity 7400.

Melalui peranti ini, pengguna boleh menikmati pengalaman 120fps untuk permainan seperti Mobile Legends : Bang Bang dan PUBG Mobile. Tidak ketinggalan, ia akan turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi menarik yang dikuasakan oleh AI Infinix.

Infinix GT 30 akan menjadi fon rasmi untuk pertandingan Liga Professional Mobile Legends Malaysia Musim ke-16 (MPL MY S16). Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan perkara tersebut akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN