Close

Nothing Ear (3) dijangka tiba tak lama lagi

Nothing bakal memperkenalkan TWS baru mereka yang seterusnya iaitu Ear (3) tidak lama lagi.

Ear (3) bakal menjadi pengganti kepada model sebelumnya iaitu Ear yang diperkenalkan tanpa nombor pada 2024. Perkara tersebut mungkin mengelirukan pengguna disebabkan itu Nothing mungkin akan meletakkan nombor pada model seterusnya.

Menurut Ketua Pemasaran Produk Global Nothing iaitu Andrew Freshwater, mereka telah menerima pelbagai maklum balas dari pengguna yang keliru dengan strategi penjenamaan mereka. Berikutan itu, Nothing akan menggunakan format numerikal yang lebih jelas.

Sebagai rekod, Ear (1) dan Ear (2) yang diperkenalkan pada 2021 dan 2023 menggunakan bilangan nombor. Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi dan reka bentuk yang dikongsi buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN