Close

Nothing tawar diskaun RM500 untuk Phone (3) – Hargai pengguna awal Phone (1) dan Phone (2)

Nothing mengumumkan diskaun eksklusif sebanyak RM500 untuk pengguna atau pemilik awal Phone (1) dan Phone (2).

Diskaun eksklusif ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada komuniti yang telah membantu membina jenama tersebut, hingga ke hari ini. Diskaun eksklusif ini ditawarkan sehingga 3 Oktober dan tersedia untuk kedua-dua varian Phone (3).

Pengguna boleh menebus diskaun ini melalui laman rasmi Nothing.tech dengan memasukkan nombor IMEI peranti. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menerima potongan tambahan sekiranya melakukan tukar-ganti untuk telefon lama kepada Nothing Phone (3).

Di Malaysia, Nothing Phone (3) ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu 12GB + 256GB RM3299 dan 16GB + 512GB RM3799, tersedia dalam dua pilihan warna iaitu White dan Black.

ARTIKEL BERKAITAN