Close

ASUS ROG Xbox Ally dan Ally X tiba di Malaysia dengan harga bermula RM2699

ASUS secara rasmi memperkenalkan dua konsol mudah alih baru mereka iaitu ROG Xbox Ally dan Ally X. Konsol mudah alih ini dibangunkan dengan kerjasama Xbox dan merupakan konsol pertama yang menyokong Microsoft secara rasmi.

ROG Xbox Ally dan Ally X hadir dengan rekaan baru yang diinspirasikan dari controller Xbox Wireless. Selain itu, rekaan baru ini dimuatkan dengan butang fizikal khas untuk Xbox. Untuk ROG Xbox Ally, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 7-inci dengan resolusi FHD. Turut menyokong paparan 120Hz dengan FreeSync Premium. Dikuasakan dengan cip AMD Ryzen Z2 A yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan 512GB M2. Dimuatkan dengan bateri 60Wh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Manakala untuk ROG Xbox Ally X, hadir dengan skrin LCD bersaiz 7-inci dengan resolusi FHD. Turut menyokong paparan 120Hz dengan FreeSync Premium. Dikuasakan dengan cip AMD Ryzen AI Z2 Extreme yang dipadankan dengan 24GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB M2. Dimuatkan dengan bateri 80Wh yang menyokong pengecasan 65W.

Untuk sambungan, ROG Xbox Ally menyokong 2x USB-C (USB 3.2), microSD UHS II dan juga bicu audio. Sementara, untuk ROG Xbox Ally X pula menyokong 1x USB-C (USB 4), 1x USB-C (USB 3.2), microSD UHS II dan juga bicu audio.

Kedua-dua konsol ini menjalankan sistem operasi Window 11 Home yang dibina khusus untuk konsol mudah alih. Sistem operasi ini menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan dioptimumkan melalui Xbox Experience for Handheld. Selain itu, ia turut menyokong platform permainan lain seperti Steam dan Epic Games.

Di Malaysia, ROG Xbox Ally dijual pada harga RM2699 manakala untuk ROG Xbox Ally X ia dijual pada harga RM4299. Bagi yang berminat, konsol mudah alih ini boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 15 Oktober dengan setiap pra-tempah akan menerima hadiah percuma bernilai RM999.

ARTIKEL BERKAITAN