Google telah mengumumkan yang Android kini menyokong AirDrop sekali gus memudahkan perkongsian fail antara kedua-dua platform. Ciri rentas platform ini boleh digunakaan melalui Quick Share untuk Android dan AirDrop untuk peranti Apple.
Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi cara untuk melakukan perkongsian fail untuk kedua-dua platform iaitu Android ke iPhone dan sebaliknya.
Quick Share dari Android ke iPhone :
- 1- Buka aplikasi Gallery atau Photos.
- 2- Pilih gambar, video atau fail yang ingin dihantar.
- 3- Tekan share dan pillih Quick Share.
- 4- Pada bahagian Who can share with you, pilih Everyone for 10 minutes.
- 5- Pada iPhone, tukar AirDrop kepada Everyone.
- 5- Seterusnya, pilih iPhone, iPad atau Mac pada bahagian Send to nearby devices.
- 6- Pilh Accept pada iPhone dan tunggu proses selesai.
AirDrop dari iPhone ke Android :
- 1- Buka aplikasi Photos.
- 2- Pilih gambar, video atau fail yang ingin dihantar.
- 3- Tekan share dan pillih AirDrop.
- 4- Pada Android, tukar Quick Share kepada Everyone for 10 minutes.
- 5- Pada iPhone, pilih peranti Android pada bahagian Other devices.
- 6- Pilh Accept pada Android dan tunggu proses selesai.
Ciri ini tidak memerlukan sebarang pemasangan aplikasi pihak ketiga. Walau bagaimanapun, ciri ini hanya tersedia dan menyokong Siri Google Pixel 10 sahaja buat masa ini. Selain itu, pastikan peranti anda telah dikemas kini kepada perisian yang terkini.

Ciri ini juga menyokong pada peranti Apple lain seperti iPad dan Mac. Google merancang untuk menambah baik ciri ini dan akan menyokong lebih banyak peranti Android dalam masa terdekat.