Close

Perodua QV-E tak boleh digunakan untuk ‘e-hailing’

EV pertama dari Perodua iaitu QV-E telahpun diperkenalkan secara rasmi. Tiba dengan satu pilihan varian dan dijual pada harga RM80K dengan konsep Battery as a Service (BaaS).

Bercakap mengenai konsep BaaS, EV ini ditawarkan melalui konsep sewaan bateri dengan bayaran RM275 untuk sebulan selama 9 tahun. Perodua telahpun mengeluarkan dokumen berkenaan dengan Perodua QV-E Battery Leasing Plan.

Selain, kereta tidak boleh digunakan atau dihidupkan sekiranya bayaran tertunggak melebihi dua bulan. Bateri yang disewa juga tidak boleh digunakan untuk tujuan e-hailing, aktiviti komersil atau sebarang perkara yang melanggar perundangan.

Bermaksud, pengguna tidak boleh menggunakan bateri Perodua untuk melakukan perkhidmatan seperti Lalamove, Grab, Shopee Express dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebab untuk perkara tersebut tidak dinyatakan.

Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan penggunaan untuk aktiviti tersebut menyebabkan kadar kesihatan bateri menurun dengan lebih cepat disebabkan oleh aktiviti pengecasan yang kerap atau sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN