Close

Samsung bakal perkenal cip Eyxnos 2600 – Cip pertama guna binaan 2nm?

Samsung secara rasmi berkongsi maklumat mengenai ketibaan cip andalan baru mereka iaitu Exynos 2600. Perkara tersebut dikongsi melalui video teaser yang memberikan gambaran mengenai cip tersebut.

Menariknya, pada video tersebut terdapat ayat “in silence, we listened”, seolah-olah mengakui prestasi cip Exynos sebelum ini tidak berapa memuaskan.

Selain itu, terdapat beberapa ayat lain seperti “refined at the core” dan “optimized at every level”, menyatakan cip ini bakal hadir dengan penambahbaikan menyeluruh dari segi kuasa, kecekapan dan seni bina.

Exynos 2600 dijangka akan menjadi cip pertama di pasaran yang menggunakan teknologi binaan 2nm. Cip ini berkemungkinan akan menggunakan seni bina generasi baru dengan peningkatan besar pada GPU dan kemampuan AI. Berdasarkan kepada skor awal penanda aras, cip ini dikatakan setanding cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

ARTIKEL BERKAITAN