Close

iQOO 15 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3699

iQOO Malaysia secara memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu iQOO 15. Merupakan peranti andalan terbaru yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 di pasaran tempatan.

iQOO 15 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.85-inci yang dihasilkan oleh Samsung. Turut menyokong paparan 144Hz, kecerahan puncak 2600 nits dan PWM Dimming 2160Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM LPDD5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX921 + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop dengan 3x zum optik. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan 40W tanpa wayar.

iQOO masih mengekalkan lampu RGB pada peranti ini diletakkan pada modul kamera. Lampu RGB ini menyokong 12 kombinasi warna dan boleh digunakan untuk pelbagai fungsi lain seperti notifikasi, muzik, status bateri dan lain-lain.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 6.0, WiFi 7, pengimbas cap jari ultrasonik, penarafan IP68/IP69, NFC dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan kepada Android 16. Selain itu, peranti ini akan menerima kemas kini sehingga 5 tahun untuk versi Android dan 7 tahun untuk keselamatan.

Di Malaysia, iQOO 13 dijual pada harga bermula RM3699 (12GB + 256GB), RM3899 (16GB + 512GB) dan RM4299 (16GB + 1TB). iQOO 15 tersedia dengan dua pilihan wanra iaitu Grey dan White. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini 9 hingga 11 Disember 2025.

ARTIKEL BERKAITAN