OpenAI bakal memperkenalkan peranti pertama mereka dan ia berkemungkinan sebuah ‘Pen’.
Menurut maklumat, OpenAI bakal memperkenalkan peranti pertama mereka iaitu Pen. Peranti tersebut akan dibangunkan oleh syarikat reka bentuk permula iaitu io yang diasaskan oleh Jony Ive. Syarikat tersebut telahpun dibeli atau diambil alih oleh OpenAI.
Walau bagaimanapun, fungsi sebenar pen tersebut masih belum didedahkan. Buat masa ini, tiada maklumat adakah peranti tersebut akan digunakan untuk menulis, merakam atau sebagainya. Apa yang pasti, peranti ini akan turut diintergrasikan dengan kemampuan kecerdasan buatan (AI).
Untuk pembuatan, Pen ini akan dihasilkan oleh Foxconn dengan kemungkinan besar akan dibuat di Vietnam. Peranti dikatakan tidak akan dihasilkan oleh di China dan terdapat kemungkinan kecil ia akan dibuat di Amerika Syarikat.
Bukan itu sahaja, OpenAI turut dikataka sedang membangunkan dua lagi peranti dengan salah satunya adalah peranti mudah alih.