Ketibaan atau pelancaran untuk konsol baru mungkin akan ditangguhkan disebabkan oleh masalah kekurangan memori atau RAM.
Bedasarkan dari laporan, pengeluar konsol kini sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan pelancaran konsol generasi seterusnya. Masalah kekurangan memori dikatakan telah menjejaskan perancangan untuk pengeluaran serta memberi kesan kepada kos pembuatan.

Permintaan memori melonjak secara mendadak sejak kebelakangan ini disebabkan oleh permintaan tinggi dari industri AI dan pusat data. Disebabkan itu, konsol generasi baru dijangka akan ditawarkan dengan harga yang lebih mahal berbanding generasi sebelumnya.

Tidak hanya pengeluar konsol, kesan ini turut dirasai oleh pengeluar fon yang memberikan gambaran peranti akan datang dijual pada harga lebih mahal. Harga jualan yang sudah dijanga meningkat berpotensi untuk menjadi lebih tinggi atau lebih mahal dari kebiasaan.
Apa yang boleh dikatakan, kenaikan harga memori kini dilihat menjadi faktor besar yang boleh mengubah hala tuju industri secara keseluruhan.