Apple mengemas kini penyenaraian produk vintaj mereka dengan menambah MacBook Air dengan cip Intel.
Penyenaraian ini merangkumi MacBook Air 13-inci, merupakan model terakhir yang dikuasakan dengan cip Intel sebelum Apple beralih ke cip Apple M. Diperkenalkan pada tahun 2020 dan selepas 5 tahun, peranti tersebut kini disenaraikan sebagai vintaj.

Produk atau peranti yang tidak lagi dikeluarkan atau dijual lebih daripada 5 tahun dan kurang daripada 7 tahun akan disenaraikan sebagai vintaj atau usang. Dengan penyenaraian tersebut, Apple tidak lagi menawarkan perkhidmatan atau pembaikan perkakasan di semua Apple Store atau Apple Authorized Service Providers (AASP).
Bukan itu sahaja, Apple turut menambah Apple Watch Series 5 dan juga iPhone 11 Pro sebagai produk vintaj.