Xiaomi mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya menghantar lebih dari 400,000 unit kereta elektrik (EV) sepanjang tahun 2025, biarpun hanya selepas setahun memasuki industri automotif.
Pencapaian ini boleh dikatakan luar biasa bagi sebuah jenama yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pengeluar fon. Untuk Disember 2025 sahaja, Xiaomi telah menghantar lebih dari 50,000 EV. Sebagai rekod, untuk 11 bulan pertama 2025 penghantaran EV telahpun mencapai sekitar 361,625 unit, menjadikan jumlah keseluruhan lebih dari 400,000 unit.

Xiaomi SU7 dan Xiaomi YU7 menjadi tunjang kepada sejarah ini dengan penghantaran sekitar 12,520 unit untuk SU7 dan 33,729 unit untuk YU7. Kedua-dua model ini diperkenalkan pada Mac 2024 untuk SU7 dan Jun 2025 untuk YU7.

Untuk tahun 2026, Xiaomi dikatakan merancang untuk memperkenalkan dua model baru jenis EREV (Extended Range Electric Vehicle) yang menggunakan enjin petrol untuk mengecas bateri. Selain itu, model SU7 mungkin akan menerima versi “facelift” dan varian baru “executive” yang disasarkan kepada golongan profesional.