Close

Siri REDMI Note 15 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM799

Xiaomi melalui sub-jenama mereka iaitu Redmi memperkenalkan barisan baru di bawah siri Redmi Note 15 untuk pasaran tempatan. Hadir dalam 4 pilihan varian iaitu REDMI Note 15, REDMI Note 15 5G, REDMI Note 15 Pro 5G dan REDMI Note 15 Pro+ 5G.

REDMI Note 15 Pro+ 5G dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Menggunakan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3200 nits dan Dolby Vision.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah penarafan IP69K, pembesar suara Dolby Atmos dan pengimbas cap jari bawah skrin. Untuk harga jualan, REDMI Note 15 Pro+ 5G dijual pada harga bermula RM1699 untuk 12GB + 256GB.

REDMI Note 15 Pro 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400-Ultra yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6580mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W dan 22.5W pengecasan berbalik berwayar. Spesifikasi lain yang turut tersedia, IR Blaster, WiFi 6, penarafan IP66/IP68/IP69/IP69K dan menjalankan Xiaomi HyperOS 2. Dari segi harga jualan, REDMI Note 15 Pro 5G dijual pada harga RM1399 untuk 12GB + 256GB.

REDMI Note 15 5G tampil dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 5520mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut tersedia, IR Blaster, NFC, IP66 dan menjalankan Xiaomi HyperOS 2. Untuk REDMI Note 15 5G, ia dijual pada harga RM849 unutk 6GB + 128GB dan RM949 untuk 8GB + 512GB.

REDMI Note 15 dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Helio G100 Ultra yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut tersedia, IR Blaster, NFC dan penarafan IP64. Dari segi harga jualan. REDMI Note 15 dijual pada harga RM799 untuk 8GB + 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN