Close

iPhone Fold mungkin hadir dengan bateri 5500mAh

Fon lipat pertama dari Apple iaitu iPhone Fold dijangka hadir dengan kapasiti bateri paling besar dalam sejarah iPhone iaitu 5500mAh.

Menurut laporan, iPhone Fold akan dimuatkan dengan bateri 5500mAh, paling besar dari mana-mana model iPhone setakat ini. Kapasiti bateri paling besar yang dimuatkan ketika ini adalah 5088mAh iaitu pada iPhone 17 Pro Max.

Sekiranya laporan ini tepat, ia menandakan perubahan besar teknologi bateri dari Apple dan terdapat kemungkinan teknologi ini akan dimuatkan pada iPhone generasi akan datang.

Selain itu, laporan tersebut turut mendedahkan Apple akan mengubah kedudukan butang suara pada iPhone Fold. Butang tersebut akan diletakan di bahagian atas kanan, sama seperti pada iPad mini. Perubahan dikatakan berkait rapat dengan susun atur perkakasan dalaman seperti kedudukan papan induk.

Laporan sama turut mendedahkan, iPhone Fold tidak akan menggunakan teknologi Face ID sebaliknya menggunakan Touch ID yang dimuatkan pada butang kuasa. Fon lipat pertama dari Apple ini dikatakan memfokuskan kepada penggunaan dan ketahanan berbanding rekaan.

ARTIKEL BERKAITAN