Close

Nothing Phone (4a) dan (4a) Pro dijangka tiba tak lama lagi

Nothing dijangka akan memperkenalkan dua peranti baru tidak lama lagi. Dua peranti baru ini bakal menggantikan model sedia ada iaitu Phone (3a) dan (3a) Pro.

Menurut maklumat, Phone (4a) dan (4a) Pro dijangka akan diperkenalkan pada Mac 2026. Walaupun tiada tarikh tepat yang dikongsi, namun terdapat laporan mendedahkan ia berkemungkinan pada 5 Mac ini.

CEO Nothing iaitu Carl Pei, menyatakan siri Phone (4a) adalah satu ‘evolusi lengkap’. Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci, namun kita mungkin boleh menjangkakan siri Phone (4a) bakal hadir dengan penawaran yang lebih berkuasa dan menarik.

Kedua-dua model dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon siri 7. Untuk Phone (4a) ia akan menggunakan teknologi storan yang lebih pantas iaitu UFS 3.1 berbanding UFS 2.2 pada Phone (3a). Bagi model Phone (4a) Pro ia akan dilengkapi dengan kapasiti bateri lebih besar dan menyokong penarafan IP65.

ARTIKEL BERKAITAN