Google mungkin akan memperkenalkan ciri baru iaitu ‘Pixel Glow’ pada siri Pixel akan datang.

Menurut laporan, Google sedang menguji ciri Pixel Glow yang akan berfungsi sebagai lampu notifikasi berwarna pada panel belakang. Menariknya, ciri tersebut telapun dikesan pada Android 17 Beta 4, sistem operasi baru yang akan diperkenalkan pada tahun ini.

Pixel Glow dijangka akan menyokong beberapa fungsi seperti untuk mesej dan panggilan, untuk AI seperti Gemini dan lain-lain lagi. Apa yang boleh dikatakan, konsep ini mirip seperti LED notifikasi pada fon lama, tetapi dengan pendekatan yang lebih moden dan interaktif.

Walau bagaimanapun, Pixel Glow mungkin memerlukan perkakasan tambahan bukan perkakasan sedia ada seperti LED Flash. Selain itu, Pixel Glow lebih berguna terutamanya apabila telefon diletakkan secara terbalik.