Close

Justin Bieber bakal perkenal jenama audio sendiri – SKYLRK Audio

Penyanyi terkenal iaitu Justin Bieber dijangka akan memperkenalkan jenama audio sendiri yang akan dikenali sebagai SKYLRK Audio.

Justin Bieber melalui platform media sosial memperlihatkan beberapa imej produk audio dengan kapsyen “crazy to think skylrk audio is almost here. stay tuned“. Merujuk imej yang dikongsi, memperlihat SKYLRK Audio bakal hadir dengan pelbagai produk termasuk pembesar suara mudah alih berbentuk kubah serta fon kepala.

Produk audio ini tampil dengan rekaan yang menitikberatkan aspek estetik dan gaya hidup moden. Penggunaan warna yang unik dan juga rekaan yang minimalis menjadikan peranti ini nampak lebih menyerlah berbanding kebanyakan produk audio di pasaran.

Selain itu, turut dapat dilihat beberapa aksesori bersaiz kecil sekaligus memberikan gambaran SKYLRK Audio mungkin akan menawarkan ekosistem audio yang lebih luas bukan sekadar satu produk utama sahaja.

SKYLRK Audio melalui platform media sosial mereka turut berkongsi imej yang dimuat naik oleh Justin Bieber. Buat masa ini SKYLRK Audio masih belum mendedahkan sebarang maklumat rasmi berkaitan spesifikasi, harga mahupun tarikh pelancaran produk mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN