Close

Senarai iPhone sokong kemas kini iOS 27

Sistem operasi baru iaitu iOS 27 telahpun diumumkan pada acara WWDC 2026, hadir dengan beberapa peningkatan menarik dan keupayaan AI yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Seiring dengan itu, Apple turut berkongsi senarai model yang menyokong kemas kini iOS 27. Terdapat 30 model yang menyokong kemas kini iOS 27 bermula dari iPhone SE ke-2 ke atas, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13, siri iPhone 14, siri iPhone 15, siri iPhone 16, iPhone Air dan juga siri iPhone 17.

Buat masa ini, Apple telahpun melepaskan kemas kini iOS 27 versi Developer Beta untuk pembangun. Versi beta untuk pengguna dijangka akan tiba sekitar Julai dan versi stabil pula berkemungkinan tiba sekitar September atau Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN