Close

realme 16 dan 16T tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1399

realme Malaysia secara rasmi menawarkan dua peranti baru ke pasaran tempatan iaitu realme 16 dan realme 16T. Kedua-dua peranti ini memfokuskan ketahanan bateri yang panjang dan ditawarkan pada harga yang menarik.

realme 16 hadir dengan rekaan yang nipis dengan 8.1mm dan berat hanya 183 gram sahaja. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci dengan paparan 120Hz serta kecerahan puncak sehingga 4200 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimenisty 6400 Turbo yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman dan swafoto 50MP. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan AI Edit Genie dan mod vibe master untuk memberikan hasil gambar lebih menarik.

Dimuatkan dengan bateri sebesar 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W. Selain itu, peranti menjalankan realme UI 7.0 berasaskan Android 16.

Manakala untuk realme 16T, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci dengan resolusi HD+ dan menyokong paparan 144Hz serta kecerahan puncak 1200nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB yang menyokong slot mikroSD sehing ga 2TB.

Dimuakan dengan 8000mAh yang mampu bertahan sehingga 3 hari untuk satu pengecasan. Menyokong pengecasan pantas 45W berwayar dan juga pengecasan berbalik 15W, boleh digunakan sebagai bank kuasa. Dari segi fotografi, peranti ini hadir dengan sensor utama 50MP Sony IMX852 bersama dengan 2MP sensor monokrom dan juga 16MP untuk swafoto. Kemampuan kamera ini turut hadir dengan beberapa ciri AI seperti AI Potrait Glow dan lain-lain.

Selain itu, peranti ini turut menyokong penarafan IP66, IP68, IP69, IP69K dan IP69 Pro, sistem penyejukan dan pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Realme 16 dijual pada RM1599 manakala realme 16T pual dijual pada harga RM1399. Sempena dengan ketibaannya, peranti ini ditawarkan pada harga promosi iaitu RM1499 untuk realme 16 dan RM1299 untuk realme 16T. Selain itu, setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM537.

ARTIKEL BERKAITAN