iQOO memperkenalkan peranti baru iaitu Z11i di China, merupakan model kelas permulaan dan juga barisan baru di bawah siri Z11.

iQOO Z11i dilengkapi skrin LCD bersaiz 6.74 inci dengan resolusi HD+ yang menyokong paparan 120Hz dan paparan sehingga 1200 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.

Menggunakan kamera 13MP pada bahagian belakang dan 5MP pada bahagian depan dengan rekaan skrin jenis waterdrop. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 15W melalui USB-C. Untuk spesifikasi lain, ia hadir dengan bicu audio 3.5mm, penarafan IP65, Bluetooh 5.4 dan menjalan sistem operasi Android 16.

iQOO Z11i ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Desert Gold dan Ink Shadow. Di China, peranti ini dijual pada harga bermula sekitar CNY1299 (RM772) dan mencapai sehingga CNY1699 (RM1012).