Close

HUAWEI MatePad Air (2026) tiba di Malaysia dengan harga RM3999

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka ke pasaran tempatan melalui model MatePad Air (2026). Tablet ini tampil dengan spesifikasi yang menarik dengan rekaan yang nipis dan ringan.

MatePad Air (2026) hanya setebal 5.3mm dengan berat hanya sekitar 509 gram. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan enam pembesar suara. MatePad Air (2026) ditawarkan dengan tiga pilihan warna baru iaitu Airy BlueSakura Pink dan White.

Tidak lagi menggunakan skrin LCD sebalik diganti dengan skrin PaperMatte OLED bersaiz 12-inci dengan resolusi 2800 x 1840 dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Kirin T93C yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan satu kamera belakang dengan sensor 50MP dan kamera swafoto 12MP. Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Tablet ini turut menyokong stylus pintar M‑Pencil Pro dengan fungsi transkripsi suara, kemas kini nota automatik, serta kawalan seperti air mouse mode untuk pembentangan.

Di Malaysia, HUAWEI MatePad Air dijual pada harga RM3999 untuk 8GB + 256GB. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM4503.

ARTIKEL BERKAITAN