Pasaran untuk peranti handheld fan boleh dikatakan semakin menarik dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan. Namun begitu, terdapat dua model yang paling banyak diperkatakan iaitu Jisulife Handheld Fan Ultra2 dan Dyson HushJet Mini Cool. Berikutan itu, kami ingin berkongsi perbandingan antara kedua-dua model untuk memudahkan anda membuat pilihan.

Kemampuan dan prestasi angin boleh dikatakan sebagai faktor utama apabila memilih handheld fan. Walaupun kedua-dua model direka untuk memberikan penyejukan ketika berada di luar, pendekatan yang digunakan oleh Jisulife pada Handheld FanUltra2 dan Dyson pada HushJet Mini Cool agak berbeza.

JisuLife Ultra2 direka untuk menghasilkan angin yang kuat, sesuai digunakan ketika cuaca panas atau aktiviti luar seperti berjalan di taman tema, beratur di konsert atau pergi ke festival. Dengan kuasa penyejukan yang lebih tinggi ia membantu pengguna merasa sejuk dengan lebih cepat, terutamanya ketika cuaca panas.
Bukan sekadar kelajuan, jarak tiupan dan kawasan liputan angin juga adalah perkara yang perlu dititikberatkan. Angin daripada JisuLife Ultra2 ini masih boleh dirasa dengan sangat baik walaupun dipegang pada jarak tertentu atau digunakan pada kawasan terbuka yang berangin. Ini kerana, JisuLife Ultra2 direka dengan tekanan aliran udara berkuasa tinggi yang mampu memotong rintangan angin luar.
Manakala, untuk HushJet Mini Cool ia lebih memfokuskan kepada aliran angin yang terkawal dan selesa. Pada pendapat kami, peranti ini menghasilkan tiupan yang lembut sangat selesa untuk kegunaan bilik berhawa dingin, pejabat atau ketika menaiki pengangkutan awam.
Selain itu, tahap hingar pada Hushjet Mini Cool adalah lebih senyap berbanding JisuLife Ultra2. Menjadikan pengalaman penggunaan lebih baik dan menyenangkan dalam beberapa keadaan seperti di kafe.

Berdasarkan kepada data yang diberikan, JisuLife Ultra2 mampu menghasilkan kelajuan angin maksimum sehingga 16.8 m/s dan dalam ujian simulasi menurunkan suhu daripada 36°C kepada 30°C pada jarak 20 cm, hanya memerlukan 5 saat. Sekali gus, mempercepatkan proses penyejukan terutama ketika berada di bawah cahaya matahari terik atau dalam keadaan cuaca yang panas.
Untuk perbandingan, HushJet Mini Cool pula mencatatkan 14.9 m/s untuk kelajuan angin maksimum dan dalam ujian simulasi menurunkan suhu daripada 36°C kepada 30°C pada jarak 20 cm peranti ini memerlukan yang lebih lama iaitu13 saat, iaitu 8 saat lebih perlahan berbanding JisuLife Ultra2 yang memerlukan 5 saat sahaja.

Kedua-dua model ini boleh dikategorikan sebagai handheld fans kelas premium. Walau bagaimanapun, kedua-dua model ini tampil dengan pendekatan rekaan yang berbeza. Oleh yang demikian, perbezaan ini mungkin akan menjadi penentu sekaligus memudahkan anda memilih handheld fans yang lebih sesuai.
Dari pengalaman penggunaan, JisuLife Ultra2 lebih memfokuskan kepada kepelbagaian fungsi dan rekaan yang ergonomik menjadikannya lebih sesuai untuk pengguna yang sering melakukan aktiviti luar atau mempunyai gaya hidup aktif.

Berbeza dengan Dyson HushJet Mini Cool, dilihat lebih memberi penekanan kepada rekaan yang estetik, minimalis dan ringan menjadikan ia sesuai untuk pengguna yang mengutamakan peranti yang mudah dibawa ke mana sahaja.
Bercakap mengenai rekaan dengan lebih terperinci, JisuLife Ultra2 dibina untuk prestasi dan fungsi dengan rekaan yang diinspirasikan kepada industrial design.
Badan peranti ini menggunakan binaan aloi aluminium (Metallic Aluminum Alloy) memberikan rasa lebih sturdy dan premium ketika dipegang. Binaan dan kemasan ini menjadikan Ultra2 sedikit lebih lasak dan sesuai untuk digunakan pada aktiviti luar.

Selain itu, ia hadir dengan pelbagai fungsi yang tersendiri antaranya seperti skrin LED untuk memaparkan tahap bateri dan kelajuan kipas, nozel jenis magnetik yang memudahkan pemasangan aksesori tambahan, Safety lock bagi mengelakkan kipas dihidupkan secara tidak sengaja dan penutup belakang yang boleh ditanggalkan untuk memudahkan penyelenggaraan.
Manakala untuk Hushjet Mini Cool, ia menggunakan konsep rekaan yang seiring dengan jenama produk mereka iaitu minimalis. Tidak seperti model JisuLife Ultra2 yang menggunakan binaan yang lebih premium, HushJet Mini Cool menggunakan bahan binaan jenis polikarbonat dan ABS.
Rekaan peranti ini juga nampak lebih ringkas hanya terdapat dua butang dan lampu LED kecil sebagai penunjuk status. Tidak ketinggalan, terdapat juga bahagian mekanikal yang boleh berputar membolehkan arah tiupan angin diselaraskan mengikut keperluan pengguna. Ini menjadikannya ia lebih fleksibel untuk pelbagai situasi sama ada sebagai kipas meja atau untuk penyejukan secara hands-free.
Selain prestasi dan juga rekaan, ketahanan bateri juga memainkan peranan penting, terutama bagi pengguna yang kerap menggunakan handheld fan ketika berada di luar. Sebelum pergi lebih jauh, ini adalah kapasiti bateri untuk kedua-dua model, JisuLife Ultra2 dilengkapi bateri sebesar 9000mAh, hampir dua kali ganda lebih besar berbanding bateri 5000mAh pada HushJet Mini Cool.
Dengan kapasiti bateri yang besar ini membolehkan JisuLife Ultra2 digunakan lebih lama tanpa perlu kerap dicas, menjadikannya pilihan sesuai untuk aktiviti luar berbanding Husjet Mini Cool.

Berdasarkan spesifikasi dan keputusan ujian yang disediakan, JisuLife Ultra2 mampu menawarkan penggunaan sehingga 1.5 jam pada kuasa maksimum dan meningkat kepada 26.6 jam pada kuasa paling rendah. Manakala, HushJet Mini Cool pula menawarkan penggunaan sekitar 30 minit pada kuasa maksimum dan 6.86 jam pada kuasa paling rendah.
Ini bermakna JisuLife Ultra2 mampu bertahan hampir empat kali lebih lama berbanding Dyson HustJet Cool Mini apabila digunakan pada kelajuan rendah. Dengan jangka hayat bateri yang panjang ia memberi kelebihan kepada pengguna yang kerap berada diluar sama ada untuk bekerja, melancong atau menghadiri pelbagai aktiviti luar masa penggunaan yang lebih panjang memberikan pengalaman yang lebih praktikal tanpa perlu bergantung kepada pengecas.

Kelebihan paling menarik pada JisuLife Ultra2 adalah, ia juga boleh digunakan sebagai powerbank yang menyokong pengecasan 18W melalui USB-C. Berbeza dengan HushJet Mini Cool yang tidak menyokong fungsi Powerbank.
JisuLife Ultra2 turut hadir dengan pelbagai fungsi tambahan menjadikannya ia lebih daripada sekadar sebuah handheld fan. Berbanding HushJet Mini Cool yang memberi fokus kepada fungsi penyejukan dengan reka bentuk minimalis, JisuLife Ultra2 dibangunkan sebagai peranti pelbagai guna untuk kegunaan harian dan aktiviti luar.

Terdapat skrin LED pada JisuLife Ultra2 yang memaparkan maklumat secara masa nyata seperti tahap bateri dan kelajuan kipas semasa. Berbeza dengan HushJet Mini Cool, hanya menggunakan lampu LED sebagai indikator yang ringkas tanpa memaparkan bacaan terperinci. Selain itu, peranti turut dilengkapi dengan lampu suluh terbina dengan tiga tahap kecerahan bersama mod SOS.


Akhir sekali, JisuLife Ultra2 menyokong dua nozel jenis magnetik yang membolehkan ia digunakan sebagai blower, bantu menyelesaikan tugasan harian seperti membersihkan habuk pada papan kekunci dan sebagainya. Kelebihan lain ialah penutup belakang yang boleh ditanggalkan, membolehkan pengguna membersihkan habuk yang terkumpul dengan lebih mudah. Berbanding Hushjet Mini Cool tidak menyokong sebarang bahagian yang boleh ditanggal untuk tujuan pembersihan.

Dengan semua perbandingan yang dilakukan, sejujurnya kami tidak mempunyai jawapan yang mana lebih sesuai untuk anda kerana ia bergantung kepada keutamaan masing-masing.
Namun begitu, jika anda sering melakukan aktiviti luar dalam cuaca panas, JisuLife Ultra2 dilihat lebih sesuai kerana ia menawarkan prestasi penyejukan yang lebih berkuasa, liputan aliran angin yang lebih luas, ketahanan bateri yang lebih lama serta nilai yang lebih berbaloi. Dalam masa yang sama, Dyson Hushjet Mini Cool juga merupakan pilihan yang baik dan sesuai jika anda mementingkan rekaan ringan, bunyi yang lebih senyap dan aliran angin yang lebih fleksibel.
| Spesifikasi | JisuLife Handheld Fan Ultra2 | Dyson Hushjet Mini Cool |
| Rekaan | Binaan : Metallic Aluminum Alloy Berat : 295 gram Dimensi : 135 x 40 x 74.5 mm | Binaan : Polycarbonate & ABS Plastic Berat : 212 gram Dimensi : 180 x 38 mm |
| Tahap kelajuan | • 100 tahap kelajuan | • 5 tahap kelajuan dengan mod boost |
| Tahap hingar | • 84.65 dB pada kelajuan penuh | • 72.5 dB dalam mod boost |
| Bateri | 9000 mAh • Penggunaan sehingga 1.5 jam (Kelajuan penuh) • Penggunaan sehingga 26.6 jam (Kelajuan paling rendah) | 5000 mAh • Pengguna sekitar 30 minit (Kelajuan penuh) • Pengguna sekitar 6.86 jam (Kelajuan paling rendah) |
| Indikator | Skrin LED • Tunjuk status bateri dan kelajuan kipas secara masa nyata | Lampu LED • Tunjuk tahap kelajuan kipas |
| Ciri tambahan | • Boleh digunakan sebagai Powerbank dengan pengecasan pantas 18W • LED flashlight • Nozzle magnetik • Panel belakang boleh ditanggal | • Mekanisme boleh dipusing 360° • Ringan dan mudah dibawa |
| Harga | • RM329 | • RM500 |