Close

HUAWEI menjadualkan acara pelancaran Mate XT2 pada 7 September 2026

HUAWEI mengesahkan yang mereka bakal mengumumkan fon tri-lipat generasi baru iaitu Mate XT2 pada 7 September 2026 di China.

Menurut laporan lain, HUAWEI Mate XT2 dijangka hadir dengan beberapa peningkatan seperti rekaan yang berbeza dari model sebelumnya. Rekaan baru ini membolehkan peranti ini menawarkan pengalaman cover display lebih baik apabila ditutup. Kamera belakang akan diletakkan pada bahagian tengah dengan menggunakan rekaan modul kamera berbentuk bulat.

Selain itu, Mate XT2 dikatakan tidak lagi menggunakan gabungan lipatan luar dan dalam, sebaliknya menggunakan mekanisme lipatan ke dalam (inward-folding). Pada acara yang sama, HUAWEI dijangka akan turut mengumumkan sistem operas HarmonyOS 7, dijangka membawa pelbagai penambahbaikan yang mengoptimumkan paparan skrin besar.

Seperti biasa, lebih banyak maklumat mengenai spesifikasi dan juga penawaran HUAWEI Mate XT2 akan dikongsi oleh HUAWEI menjelang hari pelancarannya pada bulan depan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN